Laman

Rabu, 09 Maret 2011

★PERSAHABATAN★

Dan seorang remaja berkata,
Bicaralah pada kami tentang
Persahabatan.
Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa,
yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau
taburi dengan kasih dan kau tuai
dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan
pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya
saat hati lupa dan mencarinya
saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara,
mengungkapkan fikirannya, kau
tiada takut membisikkan kata
“Tidak” di kalbumu sendiri, pun
tiada kau menyembunyikan kata
“Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu
berhenti dari mendengar
hatinya; kerana tanpa ungkapan
kata, dalam persahabatan,
segala fikiran, hasrat, dan
keinginan dilahirkan bersama
dan dikongsi, dengan
kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat,
tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi
dalam dirinya, mungkin kau
nampak lebih jelas dalam
ketiadaannya, bagai sebuah
gunung bagi seorang pendaki,
nampak lebih agung daripada
tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari
persahabatan kecuali saling
memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari
sesuatu di luar jangkauan
misterinya, bukanlah cinta ,
tetapi sebuah jala yang
ditebarkan: hanya menangkap
yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang
terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim
surutmu, biarlah dia mengenali
pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika
kau sentiasa mencarinya, untuk
sekadar bersama dalam
membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama
menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi
kekuranganmu, bukan mengisi
kekosonganmu.
Dan dalam manisnya
persahabatan, biarkanlah ada
tawa ria dan berkongsi
kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun
pagi, hati manusia menemui fajar
dan ghairah segar kehidupan.
~ Khalil Gibran

Tidak ada komentar:

Posting Komentar